Kuching, Sarawak sememangnya terkenal dengan keunikan kepelbagaian makanannya. Jadi, tidak hairanlah jika bandar itu disenaraikan dalam Rangkaian Bandar Kreatif Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi kategori gastronomi. Malah laksa Sarawak juga berjaya memperoleh kedudukan teratas dalam penilaian terhadap makanan Asia, berdasarkan kajian maklum balas dalam kalangan orang ramai. Bahan-bahan utama untuk membuat laksa Sarawak adalah bihun, pes laksa Sarawak, isi ayam, udang, santan dan…








