PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mampu mengagihkan dividen lebih tinggi sekitar 6.50 peratus jika terus mengekalkan prestasi positif hingga akhir tahun ini. Tahun lalu, KWSP mengumumkan dividen sebanyak 6.30 peratus bagi kedua-dua jenis simpanan, konvensional dan syariah, hasil daripada pendapatan pelaburan sebanyak RM74.46 bilion. Prestasi tahun ini dijangka lebih baik memandangkan setakat sembilan bulan tahun ini, KWSP telah merekodkan pendapatan pelaburan sebanyak RM63.99 bilion, lebih tinggi berbanding RM57.57…








