KUALA TERENGGANU: Anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu, Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC Berhad) meraih empat pengiktirafan pada Majlis Penyampaian Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MSOSH) Ke-43 di Putrajaya, semalam. Pengiktirafan itu sekali gus memperkukuh reputasinya sebagai organisasi yang mengutamakan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH). Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn. Bhd. (PBKSB), anak syarikat EPIC Berhad yang menyediakan perkhidmatan pangkalan bekalan serta sokongan minyak dan gas mencatat Skor Prestasi OSH…










