KUALA LUMPUR: Sebanyak 546 kes membabitkan pelbagai kesalahan direkodkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan nilai rampasan keseluruhan mencecah RM4.5 juta. Jumlah setakat bulan Oktober itu hasil pelaksanaan pemeriksaan intensif terhadap 34,566 premis di 11 kawasan Parlimen di seluruh Kuala Lumpur oleh 100 anggota penguat kuasa yang ditugaskan. Pengarahnya, Mohd. Sabri Seman berkata, antara rampasan terbesar direkodkan pada penghujung bulan lalu di…










