MELAKA: Sikap segelintir kontraktor tidak bertanggungjawab menurap atau menimbus pili bomba bawah tanah ketika kerja-kerja penyelenggaraan jalan telah menjejaskan keberkesanan operasi bomba. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Mohd. Zaidi Ma’at berkata, kecuaian itu menganggu operasi pemadaman kerana fasiliti menyelamat itu tidak dapat digunakan semasa kebakaran. Katanya, sebanyak 29 kompaun dikeluarkan setakat Oktober tahun ini terhadap pelbagai kesalahan melibatkan pili bomba termasuk perbuatan vandalisme, penyalahgunaan dan kecuaian pihak…










