PELAKSANAAN projek prasarana luar bandar bukanlah usaha bermusim, tetapi perjalanan panjang yang digerakkan secara konsisten untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat.
Inilah komitmen Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dalam memastikan setiap komuniti, dari Semenanjung hingga Sabah dan Sarawak, menikmati kemudahan asas moden yang selamat dan setara dengan kawasan bandar.
Dalam keseluruhan pelaksanaan nasional, Sabah terus menjadi antara negeri yang menerima manfaat terbesar, sejajar dengan keluasan geografi, taburan penduduk pedalaman serta keperluan prasarana yang signifikan.
Pada tahun 2024, Sabah menerima peruntukan sebanyak RM1.402 bilion bagi pelaksanaan 324 projek prasarana luar bandar dan diteruskan pada tahun 2025 menerusi peruntukan RM1.466 bilion melibatkan 327 projek berskala besar di mana RM1.269 bilion dibelanjakan setakat 17 November lalu.
KKDW berkata, aspek pembangunan prasarana luar bandar merangkumi tujuh komponen infrastruktur iaitu Jalan Luar Bandar (JALB), Jalan Perhubungan Desa (JPD), Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), Lampu Jalan Kampung (LJK), Program Ameniti Sosial (PAMS) dan Jambatan
Luar Bandar (JMLB).
Dalam siri pelaksanaan terkini, projek-projek prasarana diteruskan dengan skala yang lebih menyeluruh, menumpukan kawasan berkeperluan tinggi di seluruh negara.
Peningkatan kapasiti ini memastikan lebih ramai penduduk desa berpeluang menikmati kemudahan asas yang sebelum ini terhad atau sukar diakses.
“Untuk jalan luar bandar, pada tahun 2024, sebanyak RM2.003 bilion telah dibelanjakan bagi
pelaksanaan projek JALB di seluruh negara.
“Bagi tahun 2025, perbelanjaan keseluruhan adalah berjumlah RM1.975 bilion termasuk di Sabah iaitu sebanyak RM789.63 juta yang merangkumi 330 projek menghasilkan 67.5 kilometer jalan baharu dan memberi manfaat kepada 20,250 penduduk,” kata KKDW.
Selain itu KKDW berkata, pada tahun 2024, sejumlah 350 kilometer JPD telah disiapkan di seluruh negara.
Pada 2025 pula, sejumlah RM123.16 juta dibelanjakan dan Sabah menerima sebanyak 236 projek dengan kos sebanyak RM71.05 juta memberi manfaat kepada lebih 51,000 penduduk.
Di bawah inisiatif BALB dan BELB, ribuan rumah diberikan akses air bersih dan bekalan elektrik. Sebuah lonjakan besar dalam meningkatkan kesihatan, pendidikan dan taraf hidup masyarakat Di bawah inisiatif BALB, sebanyak RM151.57 juta telah dibelanjakan pada tahun 2024 bagi membekalkan air bersih kepada
5,004 rumah.
“Pada tahun 2025, inisiatif ini diteruskan, di mana RM121.57 juta telah diperuntukkan. Sabah
menerima RM84.77 juta untuk membekalkan air kepada 1,948 rumah,” kata KKDW.
Menurut KKDW, RM116.65 juta pula dibelanjakan melibatkan 1,595 rumah untuk projek BELB pada tahun 2025.
Jumlah perbelanjaan keseluruhan adalah RM132.55 juta dan menyaksikan Sabah menerima RM94.47 juta dan memberi manfaat kepada lebih 637 rumah.
“Untuk program ameniti sosial, pada tahun 2024, sejumlah RM73.07 juta dibelanjakan untuk menyiapkan 623 projek PAMS di seluruh negara dan memberi manfaat kepada lebih 77,600 penduduk luar bandar.
“Pada tahun 2025, RM5.26 juta diperuntukkan di Sabah bagi pelaksanaan sebanyak 31 projek,” katanya.
KKDW berkata, jumlah perbelanjaan lampu jalan di bawah inisiatif LJK bagi tahun 2024 ialah RM36.5 juta dengan memberi manfaat kepada lebih 21,610 penduduk.
“LJK yang dipasang diserahkan kepada Pihak Berkuasa Elektrik Negeri (PBEN) iaitu TNB (Semenanjung), Sabah Electricity Sdn. Bhd. (Sabah) dan Sarawak Energy Berhad (Sarawak) untuk operasi dan penyelenggaraan berterusan,” katanya.
Selain itu, sebanyak RM40.939 juta diluluskan pada tahun 2024 untuk 10 projek JMLB. Manakala pada tahun 2025, perbelanjaan adalah sebanyak RM71.065 juta, di mana negeri Sabah menerima RM33.45 juta
bagi pelaksanaan 49 projek jambatan luar bandar yang memberi manfaat dan akses lebih selamat
kepada penduduk.
Usaha KKDW dalam memperkukuh prasarana luar bandar jelas menggambarkan pembangunan yang tidak berhenti pada satu fasa, tetapi diperluaskan dari tahun ke tahun mengikut keperluan rakyat.
Dengan pendekatan berfasa dan berterusan ini, lebih banyak komuniti desa termasuk di Sabah yang ] mempunyai keperluan infrastruktur dan prasarana yang tinggi kini menikmati perubahan nyata dalam menjalani kehidupan seharian.-UTUSAN










