PETALING JAYA: Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin meminta diberi masa beberapa minggu sebelum beliau bersedia memberikan jawapan mengenai laporan mengenai kemungkinan beliau kembali menyertai semula UMNO. “Ramai yang menghantar mesej bertanya apa yang sedang berlaku. Beri saya beberapa minggu sebelum saya bersedia untuk menjawab. “Sementara itu, biar saya jelaskan dengan sejelas-jelasnya bahawa saya tidak pernah meninggalkan UMNO. “Kamu semua yang memecat saya. Tolong jangan cuba ubah sejarah,” katanya menerusi hantaran…









