Kerjasama ASEAN tangani jenayah siber kanak-kanak

Kerjasama ASEAN tangani jenayah siber kanak-kanak

Ahmad Zahid Hamidi pada majlis Forum ICT Perlindungan Kanak-Kanak Da­lam Talian ASEAN 2025 dan Peluncuran Pelan Tindakan Dasar Kanak-Kanak Negara di Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ancaman pemangsa dalam talian terhadap kanak-kanak kini berlaku secara nyata, agresif dan bergerak le­bih pantas daripada kemampuan melindungi mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, bahaya dalam talian bersifat tanpa sempadan, menjadikan kerjasama kolektif ASEAN satu keperluan mendesak bagi melindungi kanak-kanak yang kini hidup dalam dunia digital yang semakin kompleks.

“Pemangsa dalam talian tidak mengenal sempadan. Pemangsa tidak memerlukan pasport. Vi­deo berbahaya tidak berhenti di pintu imigresen.

“Satu hantaran berbahaya boleh sampai ke sebelas negara ASEAN dalam beberapa minit. Inilah sebabnya tindakan kolektif ASEAN ini sangat penting,” katanya ketika berucap pada Majlis Pembukaan Forum ICT Perlindungan Kanak-Kanak Da­lam Talian ASEAN 2025 dan Peluncuran Pelan Tindakan Dasar Kanak-Kanak Negara, semalam.

Ahmad Zahid berkata, angka semasa menunjukkan keperluan mendesak untuk ASEAN meningkatkan perlindungan terhadap kanak-kanak.

Sebanyak 74 peratus pengguna internet berumur 15 tahun ke atas di Singapura terdedah kepada kandungan berbahaya pada 2024.

Di Malaysia sahaja, 33 peratus anak muda pernah menjadi mangsa buli siber serta tinjauan lain yang menunjukkan seorang daripada tiga remaja di Malaysia pernah mengalami buli siber.

Malah, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merekodkan kira-kira 9,000 aduan buli siber pada 2024 iaitu purata 27 kes sehari.

“Teknologi kecerdasan buatan (AI) kini membolehkan pemang­sa meniru suara, menghasilkan imej deepfake dan memanipulasi identiti kanak-kanak. Semuanya dari belakang skrin.

“Jurang kesedaran dan kekurangan data di negara-negara ASEAN turut menyukarkan penguatkuasaan dan meningkatkan risiko terhadap kanak-kanak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN