Kereta sewa laris pengundi balik PRN

Kereta sewa laris pengundi balik PRN

NURSYAFINAH SUHAIME
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kenderaan sewa di Sabah habis ditempah Pilihan Raya Negeri (PRN) de­ngan hampir semua syarikat melaporkan sudah penuh hingga awal bulan depan susulan peningkatan perantau pulang mengundi.

Pengurus syarikat sewa kereta, Nursyafinah Suhaime berkata, peningkatan kenderaan sewa setiap kali PRN bukanlah fenomena baharu, namun kali ini tempahan dibuat jauh lebih awal berbanding kebiasaan.

Katanya, tempahan bukan sa­haja datang daripada jentera kempen parti politik, malah turut melibatkan kenderaan sokongan logistik yang memerlukan pergerakan ke beberapa kawasan Dewan Undangan Ne­geri (DUN) dalam masa singkat.

“Memandangkan tarikh undi 29 haribulan nanti. Jadi hujung bulan memang tempahan sudah penuh. Kalau bukan parti politik, bakinya orang balik mengundi dari Kuala Lumpur atau yang bekerja di luar Sabah pun ramai sewa kereta.

“Ada juga dalam saat ak­hir, ada cuba nasib melakukan tempahan, tetapi kami tidak penuh permintaan kerana semua kenderaan sudah dibayar untuk tempahan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kira-kira 200,000 pengundi Sabah berada di Semenanjung Malaysia, manakala Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) me­nya­sarkan 70 peratus keluar mengundi, hari ini.

Sebelum ini, SPR memaklumkan terdapat 1.7 juta pe­ngundi berdaftar yang dijangka keluar menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Mengulas mengenai sama ada terdapat syarikat yang menaikkan harga sewaan sempena PRN, Nursyafina berkata, syarikatnya mengekalkan kadar biasa tanpa sebarang caj tambahan meskipun permintaan meningkat.

“Kami memang bagi harga tetap. Tiada naik harga sebab PRN. Walaupun kami tahu orang akan cari kereta sewa masa ini, harga tetap sama juga seperti bulan lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN