PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia berjaya menangguhkan pembayaran ganti rugi RM1.1 juta kepada keluarga model Belanda, Ivana Esther Robert Smit yang ditemukan maut di tingkat enam sebuah kondominium, lapan tahun lalu. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Mohamed Zaini Mazlan yang bersidang bersama Datuk Ismail Brahim dan Datuk Lim Hock Leng sebulat suara membenarkan permohonan tersebut selepas mendapati wujud keadaan istimewa yang membolehkan penangguhan diberikan. Pada 13 November lalu, Hakim Mahkamah…







