ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak lelaki warganegara Russia meninggal dunia setelah disengat obor-obor di Langkawi Sabtu lepas. Kanak-kanak tersebut, Vladimir Lakubanets disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini pada pukul 9.46 pagi tadi setelah menerima rawatan sejak 16 November lepas. Bapanya, Nikita Lakubanets, 32, dari Khabarovsk berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi ketika dia dan isteri membawa anak mereka berjalan-jalan di pantai berdekatan Dataran Cenang. “Ketika anak…










