TELUK INTAN: Sebanyak 15 rumah di Kampung Lorong Kalat, Batak Rabit di sini terpaksa dikosongkan demi keselamatan penduduk, susulan hakisan tebing Sungai Perak yang semakin menghampiri kawasan penempatan tersebut. Ketua Kampung Batak Rabit, Shuhaila Ahmad Jamlos, 48, berkata, terdapat 20 rumah di kampung berkenaan dan 15 daripadanya kini dikosongkan kerana kedudukannya terlalu hampir dengan tebing sungai. “Berdasarkan faktor keselamatan, saya mengambil tindakan segera bagi mengelak kejadian tidak diingini. Ada di…









