KOTA KINABALU: Adik kepada seorang senior yang dikenali Kak M mengesahkan bahawa kakaknya pernah mengeluarkan kata berbaur ugutan kepada pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir pada sekitar pukul 10 malam, penghujung April lalu. Bagaimana saksi kanak-kanak ke-31 itu memberitahu, walaupun Zara Qairina kelihatan takut dengan ugutan itu namun tiada sebarang sentuhan berlaku terhadap remaja terbabit. Dia memberitahu, sebelum insiden berlaku, Zara Qairina yang tinggal di Blok Blok A, Rabiatul Adawiyah…










