PETALING JAYA: Laporan kadar penolakan tawaran haji sehingga 50 peratus sebagaimana yang dilaporkan semalam merujuk kepada musim haji 1446H/2025M yang lalu, dan bukannya bagi musim haji akan datang. Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) dalam satu kenyataan berkata, kadar penolakan tawaran haji bagi musim haji 1447H/2026M didapati lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Katanya, Tabung Haji telah melaksanakan pelbagai langkah proaktif termasuk mengeluarkan peringatan berkala kepada bakal jemaah seawal Ogos 2025 untuk…










