KUALA LUMPUR: Seorang jururawat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah kepada jirannya, Mei lalu. Tertuduh, Chan Siew Peng, 51, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam Bahasa Inggeris di hadapan Hakim, Mazuliana Abdul Rashid. Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas jirannya berusia 55 tahun dengan menolak pintu jeriji rumah jirannya berulang kali sehingga menyebabkan…










