PETALING JAYA: Satu jawatankuasa khas melibatkan kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah ditubuhkan bagi memperincikan mekanisme tuntutan 40 peratus hasil negeri itu yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, jawatankuasa itu akan dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Setiausaha Pembendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (JKTMPMA63)…










