JOHOR BAHRU: Jalan Pasir Gudang yang direkodkan sebagai jalan kedua paling teruk di Malaysia telahpun dikeluarkan daripada senarai tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, ia tidak lagi berada dalam senarai 10 jalan terteruk hasil usaha berterusan serta kerja-kerja penambahbaikan yang telah dilaksanakan. “Cuma peranan yang kita akan laksanakan adalah pemantauan kenderaan berat yang lebih muatan. Jalan Pasir Gudang ini selalu digunakan…










