KUALA LUMPUR: Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara terus mengekalkan tradisi ketenteraan yang menjadi identiti Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan berlangsung di Dataran Pintu Masuk Utama Istana Negara di sini, hari ini. Istiadat bermula seawal pukul 8.30 pagi dengan perbarisan keluar anggota pengawal lama dari pekarangan istana, sebelum mengambil kedudukan di hadapan pintu utama. Pada pukul 8.45 pagi, anggota pengawal baharu pula memasuki kawasan istiadat dengan mengambil formasi berhadapan pasukan…










