Ibaratnya mata tidak dibenarkan kering - Nad Zainal

Ibaratnya mata tidak dibenarkan kering – Nad Zainal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Nad Zainal mengakui berdepan cabaran bekerja di bawah pengarahan sutradara Osman Ali menerusi drama terbaharu, Bahagia Yang Tertangguh.

Katanya, amat mencabar untuk mencapai piawaian Osman lebih-lebih lagi apabila pengarah itu mementingkan kesempurnaan terutamanya mengenai babak ‘air mata’.

“Ibaratnya, setiap kali berlakon, mata tak dibenarkan kering, kena sentiasa bertakung air. Paling tidak pun mata kena ‘berkaca’.

“Osman pula akan kerah lebih-lebih lagi apabila dia tahu saya berkemampuan menjayakan babak air mata,” katanya.

Nad juga mengakui bukan mudah memenuhi jangkaan penonton apabila drama yang dihasilkan menjadi naskhah yang diadaptasi daripada novel popular.

“Disebabkan itu, sebaik sahaja ditawarkan watak Nurin Hana, saya terus hubungan penulis novel untuk dapatkan panduan,” katanya.

Aktres berusia 35 itu dalam masa sama meluahkan rasa gembira kerana berpeluang bergandingan dengan pelakon-pelakon hebat dalam drama berkenaan.

“Saya suka berlakon dengan Rozita Che Wan, Izzue Islam dan pelakon yang membawakan watak sebagai anak saya dalam cerita ini.

“Mereka sangat memberi dan keadaan itu cukup memudahkan semua orang di set penggambaran,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN