NARATHIWAT (THAILAND): Angkara hutang, seorang rakyat Malaysia parah ditembak dalam satu kejadian di sebuah rumah di Sungai Golok di sini, hari ini. Kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu mengakibatkan Mohd. Fuad Fahmie Ghazali, 33, yang berasal dari Kampung Kepas Asam, Pasir Mas, Kelantan menerima rawatan di Hospital Sungai Golok. Jurucakap polis Narathiwat ketika dihubungi berkata, siasatan awal mendapati kes tersebut berpunca daripada masalah hutang hasil temubual dengan beberapa saksi yang…










