PETALING JAYA: Hutang luar negara setakat akhir suku ketiga (S3) tahun ini berjumlah RM1.4 trilion atau 69.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Kementerian Kewangan berkata, jumlah tersebut disifatkan sebagai paras yang dinilai selamat dan tidak memudaratkan prospek ekonomi negara. Katanya, risiko hutang luar negara Malaysia secara keseluruhan kekal terkawal disokong oleh profil tempoh matang dan mata wang yang baik. “Berdasarkan Rangka Kerja Kemampanan Hutang Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF),…










