KUALA LUMPUR: HE Group Berhad (HE Group), penyedia perkhidmatan kejuruteraan elektrik memindahkan penyenaraiannya daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Malaysia). Pemindahan itu mencerminkan rekod prestasi kewangan HE Group yang kukuh, kedudukan operasi yang mantap serta kesediaannya untuk mempercepatkan trajektori pertumbuhan sebagai syarikat tersenarai di Pasaran Utama. HE Group telah disenaraikan di Pasaran ACE pada 30 Januari 2024 dan sejak itu terus menunjukkan momentum pertumbuhan positif,…










