HAT YAI, THAILAND: Beberapa kawasan tumpuan rakyat Malaysia di Hat Yai di sini dinaiki air sejak malam tadi berikutan hujan lebat berterusan yang melanda wilayah Songkhla sejak dua hari lalu. Antara lokasi terkesan ialah kawasan sekitar Kim Yong Market, Lee Garden Plaza serta jajaran jalan utama menuju ke Central Hat Yai yang sering menjadi persinggahan pelancong dari Malaysia. Paras air di beberapa kawasan dilaporkan mencecah paras lutut orang dewasa atau…










