IPOH: Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan tawaran pakej umrah atau haji murah di bawah harga RM5,000, yang disifatkan harga yang tidak masuk akal. Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) negeri, Muhammad Aminuddin Abdul Majid berkata, adalah tidak logik pakej umrah atau haji di bawah harga RM5,000. Menurutnya, ini kerana harga tiket penerbangan sahaja sudah mencecah RM3,000, selain harga visa dan penginapan di tanah suci yang bukannya sehari dua.…










