Gadai barang kemas, duit dalam bank tinggal RM500 sahaja - Raja Azura

Gadai barang kemas, duit dalam bank tinggal RM500 sahaja – Raja Azura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAKDIR seolah-olah hanya memberi kesempatan buat selebriti, Raja Azura, untuk bersenang dalam rutin yang selesa selama 10 tahun.

Menurut Raja Azura yang lebih mesra dipanggil Kak Engku, hidupnya pasti akan berubah bila memasuki dekad yang baharu, baik kerjanya sebagai seorang pelakon, pengacara, penyamai radio hinggalah kepada kehidupan peribadi.

Ketika bertemunya di sebuah restoran baru-baru ini, Raja Azura atau Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 53, nampaknya sudah bersedia untuk menceritakan sisi kehidupan yang tidak pernah dibicarakan apa lagi selepas berpisah dengan suaminya, Adzmin Osman pada 2010.

Katanya lagi, perceraian itu juga berlaku selepas 10 tahun mendirikan perkahwinan. Jawablah Kak Engku!

Boleh kongsikan momen awal semasa membesarkan anak-anak? Lebih tepat, selepas bercerai.

Bila saya berpisah, saya diduga dengan bermacam perkara. Masa itu bertimpa-timpa masalah datang antaranya kerjaya.

Kontrak kerja saya baik sebagai penyampai radio dan pengacara dibatalkan. Saya akui agak murung ketika itu dan ambil masa tiga tahun untuk betul-betul rasa pulih. Keluarga saya banyak membantu bagi sokongan moral terutama emak saya.

Pasti tidak mudah untuk fahamkan anak-anak tentang perceraian pada usia mereka muda, bagaimana membesarkan mereka sebagai ibu tunggal?
Waktu saya berpisah, anak-anak kecil lagi. Bila mereka tanya mana ayah, saya tipu cakap ayah masuk hutan sebab telefon tidak berjawab. Sangat tidak mudah menjadi ibu tunggal. tapi saya seorang yang tidak pernah meminta bantuan sesiapa.

Saya kalau boleh tidak mahu terima bantuan, jika ada yang mahu bantu, berilah saya kerja. Saya tidak mahu terhutang budi.

Bagaimana menjalani hidup dengan tiada kerja, sebab seperti dikatakan tadi, ketika perpisahan terjadi sudah ditamatkan kontrak.

Kadang saya fikir begini, hidup ini macam roller coaster, bila saya macam sudah hampir terjatuh dan putus asa, Allah akan selamatkan. Bila tiada kerja dua tahun termasuklah tawaran berlakon, saya keluarkan semua wang simpanan baik di akaun ASB.

Simpanan KWSP pun saya keluarkan demi kelangsungan hidup anak-anak. Barang kemas semua saya gadaikan sampailah duit terakhir saya di akaun tinggal RM500.

Allah itu Maha Kaya, ketika itulah saya dihubungi seorang Datuk tawarkan saya projek. Saya buat sampai selesai dan berkat projek itu, ia membuka banyak rezeki selepas itu. Sampai hari ini saya ingat jasa Datuk itu dan memelihara hubungan baik bersama Datuk itu dan isterinya.

Saya tidak pernah ceritakan kesusahan ini, untuk apa? Saya tidak mahu orang kata saya cuba meraih simpati. Cuma hari ini saya berkongsi sedikit sahaja kepada kamu jika ada hal baik yang boleh diambil.

Keadaan hari ini bagaimana?

Sebenarnya sekarang ini pun tidaklah sesenang mana. Tapi saya akan lakukan yang terbaik dalam bekerja. Kadang-kadang itu saya tahu sahaja ada orang panggil saya jadi pengacara sebab mahu beri saya kerja.

Contohnya mereka telefon, minta saya jadi pengacara program sambutan hari raya di kampung yang kalau tiada pengacara pun tidak mengapa. Tapi saya faham, itulah cara mereka bantu saya.

Bila cakap dalam 10 tahun hidup berubah, adakah itu bermakna takut untuk gengam bahagia sebab akhirnya ia akan hilang?

Jauh dalam sudut hati, saya tidak terfikir mahu berumah tangga lagi. Setakat ini, seluruh hidup saya berikan untuk membesarkan anak-anak.

Jika ada yang mahu datang, ini bukan masanya. Sekarang saya sangat bahagia bersama anak-anak, janganlah ada sesiapa yang nak datang. Bila anak saya ada ijazah, sudah berkahwin barulah saya fikir. Tapi saya rasa orang pun takut dengan saya.

Kenapa kata begitu?
Bayangkan duit saya ada hari ini pun saya buat bayar hutang baik kereta atau rumah. Anak-anak saya juga masih belajar. Bolehkah dia tanggung semua itu dan anak-anak saya? Belum bil air dan api lagi.

Mampukah? Orang tengok pun mungkin dia cabut lari sebab beban terlalu besar. Jika awak belum kahwin, fikir-fikirkanlah sebelum kahwin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN