PETALING JAYA: Pendekatan forensik kewangan wajar merupakan antara langkah strategik dalam memperluas skop pengesanan rasuah.
Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Mohd Azwan Ramli berkata, usaha pencegahan rasuah dan pengurusan persepsi awam terus diperkukuh semua pihak melalui sesi perkongsian kepakaran bersama.
“Walaupun bukan keperluan utama ketika ini, melatih pegawai dalam bidang ini mampu membuka ruang baharu dalam usaha pencegahan rasuah kewangan,” katanya dalam sesi perkongsian bersama Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah (BIGoNS) di Kota Kinabalu, semalam.
Dalam pada itu, Ketua BIGoNS, Samsakiah Jamil berkata, perkongsian tersebut sebagai pemangkin kepada kerjasama strategik antara kedua-dua agensi.
“Kaedah pembetulan yang dikongsikan SPRM sangat relevan dan mampu memastikan BIGoNS kekal signifikan dalam menyokong agenda integriti negeri,” ujarnya.
Dalam sesi yang sama, Samsakiah berkongsi perancangan BIGoNS bagi meningkatkan lagi kerjasama strategik melalui penganjuran program dan kepelbagaian inisiatif anti rasuah bersama sprm sebagai tanda komitmen berterusan menjadikan integriti sebagai budaya pentadbiran.-UTUSAN










