Empat lelaki direman tiga hari bantu siasatan kes tetak

Empat lelaki direman tiga hari bantu siasatan kes tetak

EMPAT lelaki direman selama tiga hari di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini bagi membantu siasatan membabitkan kes tetak seorang lelaki, Jumaat lalu.-GAMBAR/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Empat lelaki direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung satu kes tetak membabitkan seorang lelaki berusia 22 tahun di sebuah kedai makan di Kampung Permatang Tinggi di sini, Jumaat lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Kesemua suspek yang berusia antara 23 hingga 43 tahun sebelum itu tiba di pekarangan Mahkamah Bukit Mertajam di sini kira-kira pukul 8.40 pagi dengan diiringi oleh beberapa anggota polis.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, mangsa dikatakan baru sahaja selesai menikmati makan malam bersama kekasih dan rakan lelakinya di premis terbabit.

Secara tiba-tiba, sekumpulan lelaki yang menaiki sebuah kereta turun dan menyerang mangsa termasuk menetak bahagian kiri leher lelaki tersebut dipercayai dengan menggunakan senjata tajam hingga menyebabkan kecederaan parah.

Kesemua suspek bagaimanapun berjaya diberkas kurang enam jam selepas kejadian di tiga lokasi berasingan di Pulau Pinang dan Perak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN