Dua pelajar IPG Batu Rakit lemas ketika mandi di Lata Desa Warisan Pelong

Dua pelajar IPG Batu Rakit lemas ketika mandi di Lata Desa Warisan Pelong

PASUKAN penyelamat mengangkat mayat dua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Batu Rakit, Kuala Nerus yang ditemukan mati lemas  di Lata Desa Warisan Pelong, Setiu, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Dua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Batu Rakit, Kuala Nerus, ditemukan mati lemas  di Lata Desa Warisan Pelong, Setiu, dekat sini hari ini.

Muhammad Hazmi Othman, 19, berasal dari Sungai Petani, Kedah dan Adam Arief Jazlansanadi, 19, dari Kuala Lumpur dikatakan ke situ untuk Program Kelas IPG Batu Rakit bersama 24 rakan mereka dari institut sama.

Kedua-dua mangsa ditemukan lemas sekitar pukul 12 tengah hari oleh penduduk kampung yang berada di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Mohd. Zain Mat Dris berkata, berdasarkan siasatan, semasa sedang mandi kira-kira pukul 11.15 pagi, salah seorang mangsa yang berada di atas batu di tepi tebing tergelincir.

 “Mangsa cuba diselamatkan oleh kawannya tetapi gagal. Mangsa kedua terjun untuk selamatkan mangsa tetapi gagal kerana air berpusar.

“Siasatan awal di tempat kejadian berdasarkan temubual rakan-rakan tiada unsur-unsur jenayah. Mangsa pertama dipercayai tergelincir dan dihanyutkan oleh air berpusar manakala mangsa kedua terjun untuk menyelamatkannya tetapi gagal,” katanya hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN