KUALA TERENGGANU: Dua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Batu Rakit, Kuala Nerus, ditemukan mati lemas di Lata Desa Warisan Pelong, Setiu, dekat sini hari ini. Muhammad Hazmi Othman, 19, berasal dari Sungai Petani, Kedah dan Adam Arief Jazlansanadi, 19, dari Kuala Lumpur dikatakan ke situ untuk Program Kelas IPG Batu Rakit bersama 24 rakan mereka dari institut sama. Kedua-dua mangsa ditemukan lemas sekitar pukul 12 tengah hari oleh penduduk kampung…










