DBKL tutup sementara Jalan Bonus, susulan mendapan jalan di Masjid India

DBKL tutup sementara Jalan Bonus, susulan mendapan jalan di Masjid India

DBKL tutup sementara Jalan Bonus, susulan mendapan jalan di Masjid India Oleh: Neshwar Nizam PETALING JAYA: Satu insiden mendapan permukaan jalan berlaku awal pagi tadi di Jalan Bonus, Masjid India, menyebabkan jalan berkenaan ditutup sementara kepada laluan kenderaan. DBKL memaklumkan bahawa penutupan itu melibatkan laluan dari Lorong Masjid India 4 (sebelah masjid) hingga ke kawasan terjejas di hadapan premis Bombay Jewellery. Pasukan daripada DBKL, Air Selangor, Indah Water Konsortium (IWK) dan IPD Dang Wangi sudah berada di lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan dan kerja teknikal. “Bagi tujuan keselamatan, Jalan Masjid India telah ditutup sementara kepada laluan kenderaan bermula dari Lorong Masjid India 4 hingga ke kawasan terjejas. “Pemantauan dan kerja teknikal akan diteruskan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan media hari ini. DBKL turut menegaskan bahawa keselamatan orang awam adalah keutamaan dan akan kongsikan perkembangan lanjut dari semasa ke semasa. CAPTION KAWASAN yang berlaku mendapan di Jalan Bonus, Masjid India, Kuala Lumpur ditutup sementara kepada laluan kenderaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu insiden mendapan permukaan jalan berlaku awal pagi tadi di Jalan Bonus, Masjid India, menyebabkan jalan berkenaan ditutup sementara kepada laluan kenderaan. DBKL memaklumkan bahawa penutupan itu melibatkan laluan dari Lorong Masjid India 4 (sebelah masjid) hingga ke kawasan terjejas di hadapan premis Bombay Jewellery. Pasukan daripada DBKL, Air Selangor, Indah Water Konsortium (IWK) dan IPD Dang Wangi sudah berada di lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan dan kerja…

Sokong kewartawanan kami

PERCUMA

1 bulan

1 Bulan / RM4.99

Sehari hanya RM0.17

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN