CYBERJAYA: Kerajaan Selangor menubuhkan Dana Semikonduktor Selangor bagi memperkukuh usaha memperkasakan industri semikonduktor dengan dana sasaran lebih RM100 juta. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Dana Semikonduktor Selangor itu ditubuhkan menerusi Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB). Beliau berkata, dana itu ditubuhkan hasil kerjasama dengan dengan Artem Venture Fund iaitu firma modal teroka berpangkalan di negara ini. “Kami menyasarkan kutipan melebihi…










