MELAKA: Kerajaan negeri melalui Institut Tun Perak (ITP) terus membuat penyelidikan bagi meneroka sejarah pelayaran melibatkan pelayar dan diplomat China Abad ke-15, Laksamana Cheng Ho dan warisan maritim negara. Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, kajian-kajian tersebut perlu dilakukan bagi mencari bukti jelas hubungan sejarah antara Melaka dan China sejak 1405 hingga 1433. Menurutnya, berdasarkan bukti yang diperoleh, Cheng Ho telah memimpin tujuh pelayaran besar melintasi lautan Asia…










