Cabaran Cekap Tenaga: 1.3 tan CO₂ berjaya dielak, nilai RM900,000 dijimat

Cabaran Cekap Tenaga: 1.3 tan CO₂ berjaya dielak, nilai RM900,000 dijimat

FADILLAH Yusof bergambar bersama pemenang sekolah paling Energy Efficiency (EE) dari SMK Hang Kasturi di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penganjuran program Cabaran Cekap Tenaga yang dianjurkan sejak 12 tahun lalu berjaya membantu menjimatkan tenaga sekitar 1,701,055 kWh tenaga dengan RM900,841 nilai penjimatan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, program yang bermula pada 2014 itu juga berjaya menghindarkan keseluruhan 1,316 tan gas karbon dioksida (CO₂) daripada dilepaskan ke atmosfera.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, lebih membanggakan, penjimatan tenaga tahun ini mencapai 133,030 kWj atau RM60,395 iaitu peningkatan lebih dua kali ganda berbanding tahun lalu.

“Penjimatan tenaga yang dicapai itu bersamaan pertumbuhan lebih 54,850 batang pokok selama 10 tahun. Pencapaian ini menzahirkan bahawa usaha kecil yang konsisten mampu menghasilkan impak yang besar,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Cabaran Cekap Tenaga 2015 di sini hari ini.

Program Cabaran Cekap Tenaga memulakan penganjuran pertamanya pada 2014 dan yang pada awalnya disertai tujuh buah sekolah dan kini penyertaan meningkat kepada 747 penyertaan di seluruh negara, merangkumi empat kategori utama.

Fadillah berkata, program ini menjadi bukti bahawa generasi muda kini semakin prihatin terhadap isu tenaga dan kelestarian alam sekitar.

“Program ini amat penting dalam membudayakan amalan cekap tenaga di peringkat akar umbi. Ia bukan sekadar pertandingan, tetapi satu platform untuk mendidik dan membina ‘hero tenaga’ masa depan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, kecekapan tenaga adalah antara elemen utama yang digariskan di bawah National Energy Transition Roadmap (NETR) dan penguatkuasaan Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga (EECA) yang bermula pada 1 Januari 2025.

Selain itu, Fadillah berkata, program edutainment seperti itu kini diperkukuh melalui Malaysia Energy Literacy Program (MELP) dan bakal diperluas melalui platform Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) di bawah
Kementerian Pendidikan (KPM). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN