Bunuh tukang masak: Tiga lelaki Myanmar direman seminggu

Bunuh tukang masak: Tiga lelaki Myanmar direman seminggu

TIGA lelaki termasuk dua beradik warga Myanmar (berbaju jingga) direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh membabitkan seorang tukang masak wanita di Lorong Bukit Juru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang malam tadi.-UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Tiga lelaki termasuk dua beradik warga Myanmar direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh membabitkan seorang tukang masak wanita di Lorong Bukit Juru di sini, malam tadi.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Roshayati Radellah bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketiga-tiga suspek yang memakai baju jingga sebelum itu tiba di Mahkamah Bukit Mertajam di sini kira-kira pukul 8.45 pagi tadi dengan dikawal ketat oleh beberapa anggota polis.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, salah seorang daripada suspek telah bergaduh dengan mangsa dan suaminya sebelum dihalau keluar dari premis berkenaan.

Tidak berpuas hati dengan tindakan pasangan terbabit, suspek kembali semula ke restoran itu bersama abangnya dengan membawa sebilah pisau sebelum bertindak menikam mangsa.

Bagaimanapun, tindakan pantas polis berjaya memberkas dua beradik itu bersama seorang lagi suspek tidak lama kemudian.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN