KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) menerima sebarang keputusan MIC sekiranya parti itu memilih untuk keluar daripada gabungan parti politik berkenaan. Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN menghormati sepenuhnya pendirian dan keputusan yang akan dibuat MIC dan tidak akan mencampuri urusan dalaman parti tersebut. “Kita terima dengan hati terbuka apa juga keputusan MIC. Itu hak mereka untuk tentukan hala tuju sendiri,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita…










