BN siap sedia 'gempur' PRN Sabah, calon dikenal pasti

BN siap sedia ‘gempur’ PRN Sabah, calon dikenal pasti

ZAMBRY ABD. KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) bersiap sedia sepenuhnya terutama dari segi pemilihan dan penentuan calon bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pihaknya hanya menunggu masa untuk mengumumkan senarai nama calon daripada gabungan parti itu.

“Malah, perbincangan di peringkat kepimpinan juga telah diadakan dan berjalan dengan baik. Insya-Allah, proses ini turut melibatkan kerjasama erat antara pimpinan pusat dan pimpinan BN Sabah,” katanya ketika ditemui selepas meninjau persiapan penganjuran Festival Idea Putrajaya (FOI) 2025 di sini, hari ini.

Pada masa sama, katanya, BN Pusat sedia maklum bahawa BN Sabah mempunyai autonomi tersendiri dalam menentukan hala tuju politiknya, dan pihaknya amat menghormati perkara itu.

“Namun, perbincangan bersama tetap dilakukan bagi memastikan kesepakatan serta penyelarasan strategi di semua peringkat,” katanya.

Ditanya sama ada ada muka baru dan muka lama akan ditampilkan pada pilihan raya itu, Zambry bagaimanapun enggan mengulas perkara itu.

Sebelum ini, BN Sabah berhasrat untuk bertanding di 48 kerusi pada PRN kali ini dan perbincangan pembahagian kerusi antara BN dan Pakatan Harapan (PH) kini di fasa akhir dengan hampir 70 peratus dimuktamadkan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN