Besut pulih sepenuhnya, mangsa banjir Terengganu turun 7,470 orang

Besut pulih sepenuhnya, mangsa banjir Terengganu turun 7,470 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Cuaca yang lebih baik dengan tiada hujan lebat berterusan hari ini menyaksikan jumlah mangsa di negeri ini berkurangan kepada 7,470 orang berbanding 10,425 orang pagi ini.

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan, sehingga pukul 5 petang ini, semua mangsa banjir daripada 2,215 keluarga itu berlindung di 117 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di tujuh daerah.

Semua PPS yang dibuka di Besut sejak 25 November lalu pula ditutup selepas mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Maklumat itu merekodkan Kuala Terengganu menjadi daerah paling terjejas dengan 1,649 mangsa banjir daripada 603 keluarga masih mendapatkan perlindungan di sembilan PPS yang dibuka sejak Rabu lalu.

Ia diikuti daerah Marang sebanyak  1,441 mangsa banjir daripada 326 keluarga ditempatkan di 16 PPS, Kemaman (1,325 mangsa, 326 keluarga), Kuala Nerus (1,264 mangsa, 409 keluarga), Setiu (906 mangsa, 314 keluarga), Dungun (609 mangsa, 145 keluarga) dan Hulu Terengganu sebanyak 276 mangsa melibatkan 92 keluarga.

Jumlah mangsa banjir di negeri ini dijangka terus menurun berikutan keadaan cuaca yang semakin baik.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) turut mengeluarkan penamatan amaran hujan berterusan di beberapa negeri di Semenanjung membabitkan Terengganu, Pahang, Kelantan, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan.

“Amaran hujan berterusan tahap bahaya, buruk dan waspada yang dikeluarkan pada 4.30 petang semalam untuk kawasan berkenaan ditamatkan.

“Berdasarkan analisis model-model cuaca, cuaca dijangka bertambah baik dan tiada potensi hujan berterusan,” menurutnya dalam satu kenyataan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN