PETALING JAYA: Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) dan Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd. (CGC) melancarkan Kad Kredit Perniagaan Visa Platinum-i, kad perniagaan patuh syariah pertama menawarkan pelbagai keistimewaan bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mengurus perbelanjaan serta aliran tunai dengan lebih efisien. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Khairul Kamarudin berkata, kad tersebut dibangunkan melalui kerjasama Bank Muamalat dengan CGC dan disokong oleh Visa, bagi menawarkan penyelesaian…










