Banjir Hat Yai: ICQS Bukit Kayu Hitam lengang, kenderaan kurang ke Thailand

Banjir Hat Yai: ICQS Bukit Kayu Hitam lengang, kenderaan kurang ke Thailand

KENDERAAN menuju ke Thailand berkurangan ketara hari ini melalui Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT KAYU HITAM: Kenderaan memasuki Thailand menerusi Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini, menurun mendadak susulan banjir di Hat Yai.

Rata-rata pengembara terutama pelancong tempatan menangguhkan perancangan bercuti ke Thailand selepas mengetahui banyak kawasan di selatan negara itu dinaiki air.

Ketua Unit Komunikasi dan Korporat Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Nur Suhaida Azmi berkata, masih ada kenderaan yang menghala ke Thailand pagi tadi, namun jumlahnya tidak banyak.

“Hari ini tidak ramai yang menghala ke Thailand kerana rata-rata sudah tahu kejadian banjir di sana. Cuma semalam, ramai yang menuju ke sana,” katanya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, beberapa kawasan tumpuan rakyat Malaysia di bandar Hat Yai dinaiki air sejak malam tadi berikutan hujan lebat berterusan yang melanda wilayah Songkhla sejak dua hari lalu.

Antara lokasi yang terkesan ialah kawasan sekitar Kim Yong Market, Lee Garden Plaza serta jajaran jalan utama menuju ke Central Hat Yai yang sering menjadi persinggahan pelancong dari Malaysia.

Paras air di beberapa kawasan dilaporkan mencecah sehingga lutut orang dewasa atau 0.5 meter, sekali gus menjejaskan operasi perniagaan serta pergerakan kenderaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×