Anwar terkejut dengar khabar angin Khairy bakal sertai Kabinet

Anwar terkejut dengar khabar angin Khairy bakal sertai Kabinet

ANWAR Ibrahim ketika hadir pada Majlis Simposium Pembangunan dan Anugerah Pembangunan Negara di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa ‘terkejut’ berhubung khabar angin tersebar kononnya bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bakal menyertai Kabinetnya tidak lama lagi.

Perdana Menteri memberikan reaksi itu apabila disoal wartawan selepas program Simposium Pembangunan dan Anugerah Pembangunan Negara 2025, di sini hari ini.

“Ye ke, siapa beritahu?,” balasnya ringkas sambil tersenyum.

Media sebelum ini melaporkan, kemungkinan ada rombakan Kabinet yang dijangka diumumkan oleh Anwar pada awal Disember ini susulan kekosongan beberapa kerusi menteri.

Spekulasi tersebar adalah Khairy yang akan kembali ke Kabinet sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air, selain Datuk Seri Johari Abdul Ghani dijangka menerajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN