PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di ibu negara pada pukul 9.15 pagi tadi, selepas mengadakan siri lawatan ke tiga negara di Afrika.
Menerusi perkongsian dalam Facebook, Anwar berkata, misi Diplomasi Madani ke benua Afrika kali ini membuahkan hasil signifikan, mengukuhkan hubungan, membuka peluang baharu serta memperluas jajaran kerjasama strategik demi manfaat bersama.
“Kini tiba masanya untuk menterjemahkan setiap komitmen dan persetujuan ini kepada dasar serta tindakan yang membawa kesejahteraan nyata kepada rakyat dan negara,” katanya di sini hari ini.
Anwar diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Zaliha Mustafa, pegawai kanan kerajaan serta delegasi ketua perniagaan. – UTUSAN










