DALAM hingar-bingar dunia yang semakin sarat dengan gangguan digital termasuk dalam kalangan generasi muda khususnya kanak-kanak, kita sering lupa bahawa setiap jiwa kecil yang lahir ke dunia ini bukan sekadar penyeri hidup tetapi amanah bahkan ujian daripada Allah SWT. Anak-anak bukan hanya penerus keturunan tetapi cerminan sejauh mana kita memahami makna tanggungjawab terhadap amanah Ilahi. Tokoh Imam Kedah 2025, Mokhtar Zakaria, 73, memberitahu dalam mendidik anak-anak ciri yang paling utama…










