PETALING JAYA: Untung bersih Alliance Bank Malaysia Berhad meningkat 8.8 peratus tahun ke tahun kepada RM206.6 juta pada suku kedua berakhir 30 September 2025, meningkat berbanding RM189.9 juta yang dilaporkan pada suku sama tahun sebelumnya. Hasil meningkat 3.4 peratus kepada RM626.2 juta, mencerminkan momentum berterusan merentasi segmen utama. Selain itu, bank itu menunjukkan pertumbuhan kukuh 10.6 peratus tahun ke tahun dalam keuntungan bersih selepas cukai kepada RM405.3 juta bagi separuh…










