Akta Pembaharuan Semula Bandar 2025 pacu pemulihan ekonomi pusat bandar - Utusan Malaysia

Akta Pembaharuan Semula Bandar 2025 pacu pemulihan ekonomi pusat bandar

NGA Kor Ming (dua dari kiri) pada sesi bergambar pada program Cities: Possibilities Malaysia 2025 di Hotel Sofitel, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan bakal memperkenalkan Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB) 2025 pada bulan hadapan bertujuan menghidupkan kembali ekosistem bandar agar lebih berdaya saing sebagai pemacu kemakmuran bersama dan pembangunan mampan negara.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, seiring pelaksanaan akta tersebut, rangka kerja Tanggungjawab Pengeluar Dilanjutkan (EPR) akan digerakkan bagi membentuk ekosistem ekonomi kitaran yang lebih mapan.

“Melalui kerjasama dengan industri seperti Nestlé dan Coca-Cola, EPR bukan diwujudkan sebagai peraturan menghukum, tetapi sebagai platform baharu menjadikan sisa sebagai sumber ekonomi bernilai serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan hijau.

“Pendekatan itu dapat mengurangkan kebergantungan kepada tapak pelupusan, selain menggalakkan pengeluar melaksanakan reka bentuk lebih mesra alam dalam rantaian produk masing-masing,” katanya pada program Cities: Possibilities Malaysia 2025 di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Rang Undang-undang (RUU) PSB 2025 perlu dilaksanakan bagi memberikan ruang kepada projek pembinaan semula kediaman yang lebih selesa untuk kesejahteraan rakyat.

Katanya, ruang perlu diberi kepada kerajaan untuk bangunkan rumah yang lebih selesa, sesuai dengan masa bagi kebanyakan rakyat, majoritinya Melayu.

Mengulas lanjut, Kor Ming berkata, bagaimanapun, hakikatnya tiada kementerian atau datuk bandar yang mampu membina sebuah bandar lestari secara bersendirian.

“Maka, pendekatan seluruh negara adalah wajib dan KPKT kini bergerak seiring dengan seluruh kerajaan Persekutuan.

“Sebagai contoh, kami bekerjasama dengan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar dalam melaksanakan penyelesaian berasaskan alam semula jadi bagi kawalan banjir di peringkat nasional.

“Untuk mempercepatkan usaha ini, rangkaian bandar mesti berperanan sebagai penghubung penting dan kita perlu bergerak melangkaui pembelajaran berdasarkan penceritaan semata-mata dengan menginstitusikan pertukaran pengetahuan.

“Hal ini dilaksanakan melalui kit pelaksanaan dan kerjasama pembelajaran rakan sebaya bagi memastikan perkongsian penyelesaian terbukti dapat dibuat secara lebih sistematik,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN