KUALA LUMPUR: Ahli-Ahli Parlimen Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Kuala Lumpur mengemukakan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 (Akta 190) yang disifatkan sebagai usaha mereformasi tadbir urus Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pindaan itu dibuat bagi melaksanakan syor Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dibentangkan pada Ogos lalu. Katanya, DBKL kini beroperasi dengan tahap perbelanjaan mencecah RM2.835 bilion…









