MELAKA: Kerajaan berjanji untuk menyelesaikan lebih 500 aduan yang diterima daripada orang ramai menerusi Program Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) bersama Rakyat (HEBAT) Negeri Melaka Siri 2, di Kompleks Seri Negeri, di sini semalam. Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, tidak semua aduan boleh diselesaikan berdasarkan kepada permasalahan itu sendiri. Menurutnya, dari sudut petabiran kerajaan bersama barisan EXCO dan agensi berkaitan akan cuba mengurangkan urusan birokrasi…







