KUCHING: Seramai tujuh orang guru yang diambil menerusi inisiatif Pengambilan Khas Guru Sarawak telah meletak jawatan. Pengarah Pendidikan Sarawak, Omar Mahli berkata selain itu, seramai 51 orang tidak melapor diri. “Antara faktor utama calon yang tidak melapor diri dan meletak jawatan ialah telah ditawarkan pekerjaan lain, menolak tawaran penempatan dan masalah peribadi,” katanya yang dihubungi. Menurutnya, sehingga November 2025, Sarawak telah menerima seramai 1,219 orang guru menerusi inisiatif Pengambilan Khas…










