PETALING JAYA: Seramai 596 calon disahkan layak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 selepas proses penamaan calon selesai di 25 Pusat Penamaan Calon (PPC) seluruh negeri itu, pagi tadi. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, jumlah itu melibatkan persaingan bagi 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), menggambarkan keterlibatan tinggi parti-parti politik serta calon bebas dalam PRN kali ini. “SPR berpuas hati dengan kelancaran urusan…










