IPOH: Seramai 5,501 penduduk dari 1,665 keluarga masih ditempatkan di 46 pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir yang melanda enam daerah di negeri ini setakat pukul 4 petang.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, Manjung daerah paling ramai mangsa iaitu 2,273 penduduk melibatkan 689 keluarga yang ditempatkan di 18 buah PPS.
Menurutnya, Perak Tengah mencatat 1,432 orang mangsa daripada 407 keluarga di sembilan buah PPS.
“Hilir Perak mencatat 1,391 mangsa daripada 439 keluarga di 11 PPS. Bagan Datuk seramai 272 mangsa melibatkan 84 keluarga di empat PPS manakala Muallim 16 mangsa yang ditempatkan di dua PPS.
“Larut, Matang dan Selama pula mencatat 117 mangsa yang ditempatkan di dua PPS,” katanya. – UTUSAN










