KOTA KINABALU: Sebanyak 3,334 borang pencalonan telah terjual sejak pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 6 Oktober lalu sehingga semalam, menurut kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi ini. SPR memaklumkan bahawa daripada jumlah itu, 2,414 set dibeli melalui Pejabat Pilihan Raya Negeri Sabah, manakala 920 set lagi diperoleh menerusi pegawai pengurus pilihan raya di pelbagai kawasan. Setiap set borang pencalonan dijual pada harga RM20. Menurut SPR, borang berkenaan boleh…










